ramadhan 1431H

ramadhan...
jangan tinggalkan aku
jika boleh aku merayu

berdiam lebih baik

yeah..silent~ it's silent here. I prefer to keep on going in silent mode, until it comes to the time I'm going home. Berdiam lebih baik bagi diriku sekarang. Ya Rabb, di sini aku mengasingkan diri, mencari ketenangan dalam mengingatiMu. Kau berilah aku petunjuk serta kekuatan untuk mengubati hati yang terluka. Jika ikatan persahabatan ini yang terbaik bagiku, selamat dan sejahtera untukku, Kau tautkanlah kembali hati ini agar mengasihi dan menyayangi. Namun tidak sekali-kali aku meminta untuk membenci Ya Muhaimin, Kau peliharakanlah aku agar tidak sekali-kali terjadi hal yang demikian.

MySpace

I got the feeling

i got the feeling
will you not know it?
that deep inside it hurts
i speak it out
will you not listen?
it's loud and clear
I GOT THE FEELING
 don't hurt me
 MySpace


"Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah SWT dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya."

 Ucapan Presiden IKRAM sempena Ramadhan 1431H

cemburu dan marahku adakah keranaMu?!

Ya Allah..
aku rasa cemburu
tapi cemburuku
adakah keranaMu?

Ya Rabb
aku rasa marah
namun marahku
adakah keranaMu?

Ya Rahman,
 limpahilah hatiku dengan kasih sayangMu
 agar dinginnya mahmudah itu
 menghapuskan panasnya hawa mazmumah
 yang menyesakkan dada

Ya Muhaimin,
 andai engkau mentakdirkan cemburu
 biarlah cemburu itu kerana menginginkan keredhaanMu
 cemburu untuk memburu cinta agungMu
 dan sekiranya engkau mentakdirkan marah
 biarlah kerana fitrah
 bukannya fitnah
 biarlah marahku keranaMu
 marah pada kealpaan diri
 marah kerana kemungkaran yang berlaku
 marah kerana takut pada kemurkaanMu

Ya Khaleeq,
jika sekalipun aku berdosa
ampunkanlah aku
kerana aku takkan pernah berdaya
berpijak di bumi ini
tanpa kekuatan dan pertolongan dariMu
inikan pula untuk menghadapi
seksanya azab nerakaMu

Ramadhan yang teristimewa

MySpace

sebuah kejuruteraan rasa

pernah makan ayam goreng?? ayam goreng kat fast food restaurant yang famous yang banyak di tempat kita. I don't want to mention which restaurant.. :-( boycott McD!

okey..I'm here not to promo ayam goreng or what...it's the idea that Allah gave me through the ayam goreng that I wanted to share.

Ayam goreng..tau tak macam mane diorg yang keje kat dapur restoran tu buat ayam tu? urm..I don't know exactly how..but based on pengalaman sendiri yang pernah la jugak menggoreng ayam (I'm not a good cook I must admit), MySpace  tau la jugak..

Ayam yang disalut tepung istimewa, setelah di marinated dengan pelbagai rempah ratus istimewa. whoa! Hasilnya.. tergorenglah ayam yang yang istimewa rasanya... nyum nyum ini kejuruteraan rasa..teknologi klasik dari dapur! MySpace

okey..make it short! Begitulah sepatutnya kita marinate  diri dengan ajaran agama. Bayangkan ayam tu, kalau tak di marinate, just letak dalam tepung gorengan..golek-golek dalam kuali...takde nye dia nak rase sedap and special macam yang biasa kite dapat kat restoran tue. macam tu la agama..kalau kite just salut (luaran @ fizikal) dengan imej beragama..tapi dalaman kita tak ditarbiyah..biar la tergolek lama mana pun.. takkan terase sedapnya nikmat beragama ni.. ini juga satu kejuruteraan rasa, yang perlu dipelajari dari manual utama atau manual induknya; Al Quran dan sunnah Rasul.

 Ya Allah..ampunkan hambaMu ini yang selalu lemah, khilaf dan alpa.. MySpace

we is our chapter

MySpace how does that title sounds? ..hurm, life. there are you and me.. and together WE are.. as one chapter of the furiously changing stages of life..from one second to another.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" [3:103]

rasa sangat terkesan..ayat nya touching. betapa indahnya kalam Allah..tiap baris ayat umpama ubat yang menyembuhkan segala penyakit... tranquilizer yang menenangkan segala macam keresahan jiwa. Allah yang dekat dengan kita, sentiasa mendengar, melihat dan mengetahui tiap kata yang dilafaz..tiap tingkah yang kita perbuat dan tiap sesuatu yang tersembunyi atau ternyata.

betapa Allah menegah kita dari bercerai-berai dan dianjurkan kepada kita untuk mengingati nikmat kurniaanNya yang membuat kita selamat dari azab neraka.

my dear friends; there is a bunch of sweet text (SMS) and e-mail that I received yesterday...thank you all for the remembrance.. I appreciate our friendship and I thank Allah for all the blessing and happines He granted me with... WE IS OUR CHAPTER..let's find Allah's pleasure in everything that we do. Allahuakbar!