Ya Allah..
aku rasa cemburu
tapi cemburuku
adakah keranaMu?
Ya Rabb
aku rasa marah
namun marahku
adakah keranaMu?
Ya Rahman,
limpahilah hatiku dengan kasih sayangMu
agar dinginnya mahmudah itu
menghapuskan panasnya hawa mazmumah
yang menyesakkan dada
Ya Muhaimin,
andai engkau mentakdirkan cemburu
biarlah cemburu itu kerana menginginkan keredhaanMu
cemburu untuk memburu cinta agungMu
dan sekiranya engkau mentakdirkan marah
biarlah kerana fitrah
bukannya fitnah
biarlah marahku keranaMu
marah pada kealpaan diri
marah kerana kemungkaran yang berlaku
marah kerana takut pada kemurkaanMu
Ya Khaleeq,
jika sekalipun aku berdosa
ampunkanlah aku
kerana aku takkan pernah berdaya
berpijak di bumi ini
tanpa kekuatan dan pertolongan dariMu
inikan pula untuk menghadapi
seksanya azab nerakaMu
,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "cemburu dan marahku adakah keranaMu?!"
Post a Comment